Selamat Datang ke blog ini.
Secara rasminya, bahasa pengantar Radin’s Blog adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun, buat julung kalinya, artikel ini ditulis dalam Bahasa Melayu bersempena dengan menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Seperti bulan Ogos sebagai sambutan Bulan Kemerdekaan, bulan Oktober pula merupakan sambutan Bulan Bahasa.
Mungkin ramai akan bosan jika saya teruskan penulisan dengan formaliti. Oleh itu, penulisan saya lebih kepada penulisan santai.
PERASAAN
Dah lama meninggalkan dunia penulisan, nak menulis balik dalam Bahasa Melayu rasa kekok pulak. Sikit-sikit, ingatan ketika SPM datang balik. Bahasa Melayu antara penyumbang A1 saya. Tajuk karangan waktu tu.. “Kebaikan dan Keburukan Memancing”. =)
Kerajaan sekarang sibuk nak mempromosikan Bahasa Melayu. Perlu ke?
Mungkin ramai yg tanya begitu. Jawapannya tentulah “YA”. Pernah tengok iklan di tv? Maggi, Kit-Kat, Air mineral, milo dan lain-lain? Tiap-tiap kali tayangan, setiap hari mesti ada. Kenapa? Mestilah hendak promosikan produk masing-masing. Ini satu fakta, jika kita ikut dunia perniagaan walau maju macam mana sekalipun, tapi jika kita tidak promosikan produk tersebut, dijamin anda akan RUGI!
Sama juga dengan Bahasa Melayu. Jika kita tidak mempromosikan kepentingan Bahasa Melayu. Memang akan dijamin bahasa ini mungkin hilang satu hari nanti. Secara rasmi, 4 buah Negara di dunia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Singapura? Ya, sudah tentu. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Singapura, tetapi bahasa Inggeris digunakan sebagai Bahasa rasmi di Singapura.
Bahasa Melayu sudah terbukti sebagai Bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Nak bercakap dalam Bahasa Melayu pun mudah. Semua sebutan hanya di hujung lidah. Sampai sekarang rasanya ramai antara kita yang tak dapat beza sebutan huruf “ح” dengan huruf “ها”. Betul tak?
Di Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah dua bahasa yg penting. Tapi, seperti kita ada banyak masalah tentang perkara ni. Tengok keadaan jer la, yg reti Bahasa Melayu tak reti Bahasa Inggeris. Yg reti Bahasa Inggeris tak reti Bahasa Melayu. Mana kerajaan tak risau? Rakyat Malaysia yg tak reti Bahasa Malaysia? Macam mana tu?
CADANGAN PENYELESAIAN
Ada beberapa cara yg boleh kita lakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia. Pertama, kita kena bercakap la dalam Bahasa Malaysia. Maka, kita perlulah membuka kelas-kelas bertutur dalam Bahasa Melayu. Terutamanya bagi rakyat Malaysia yg tidak reti bertutur dalam Bahasa Melayu dan juga kepada pekerja-pekerja luar Negara yg bekerja di Malaysia. Dari Barat atau Timur, sekurang-kurangnya adalah sesuatu yg mereka belajar apabila datang ke Malaysia.
Akademi Gemilang dari pts. Kisah pengembaraan mutant remaja di Malaysia
Kemudian, pertingkatkan penerbitan bahan-bahan penulisan melayu. Cubala bayangkan, ramai antara kita peminat setia Harry Potter, Narnia dan lain-lain kan? Jadi, kenapa kita tiada bahan-bahan bacaan seperti tu? Mungkin ada, tapi penjualan macam tak meluas lah. Ada jugak baca kat suratkhabar tentang promosi buku-buku macam tu. Tapi jarang-jarang dapat jumpa. Adakah ini hasilnya selepas 52 tahun merdeka?
Banyak sebenarnya yg kita boleh lakukan. Tetapi kita mestilah ingat bahawa setiap dari kita memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa kita. Jika kita tidak buat, lupakanlah sahaja hasrat untuk melihat Bahasa Melayu berkembang di Malaysia. Akhir sekali, sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu. =)
Salam saudara radin,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan tulisan saudara berkaitan dengan bahasa melayu, bahasa kebangsaan bagi seluruh rakyat malaysia, jika tidak selalu dipertuturkan maka akan hilanglah ia ditelan zaman.....
Dipendekkan cerita dalam kita heboh memperkatakan bahasa melayu dengan penuh nada patriotik, namun kita lupa bahawa ikon-ikon kebanggaan negara masa kini yang kerap keluar di media-media elektronik langsung tidak menghormati atau mengambil enteng ketika bertutur dalam media-media tuntunan rakyat malaysia. Saya cukup merindui atau masih belum mendengar lagi bahasa melayu dituturkan oleh ikon kebanggaan negara seperti Dato' Nocol David Jaguh Squash ), Dato' Tony Fernandez ( AirAsia )ketika ditemuramah, adakah mereka ini memang tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa melayu atau pihak media kah yang tidak 'reti bahasa' menyoal dalam bahasa inggeris.sama-samalah kita fikirkan.
Walaubagaimana pun setinggi pujian kepada pemain rangking no. 1 badminton dunia Dato' Lee Chong Wei yang kerap menggunakan bahasa kebangsaan kita, rasa tenang dan sejuk cuping telinga bila mendengarnya.
Akhir kata bahasa pasar ada menyebut 'Cakap tak serupa bikin'....
Ini kerana kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia adalah tinggi. Ia bukan sahaja Bahasa Kebangsaan malah Bahasa Rasmi. Kita faham kan apa tang dimaksudkan bahasa rasmi?
ReplyDelete"Bahasa yang digunakan dalam urusan harian badan kerajaan"
Apa yang saya cuba sampaikan ini adalah, sebagai rakyat Malaysia sekurang-kurangnya kita bolehlah berbicara dengan fasih dalam Bahasa Malaysia.